Sunday, May 16, 2010

Aku Bukan Guru

org kata guru ibarat lilin
membakar diri demi anak-anak murid
pengalaman aku...3 bulan disana
mengajar aku mnjadi lebih matang dihati
perlakuan ku berbeza, sikap ku berbeza, hatiku juga berbeza...

adakah aku membakar diriku demi mereka
mungkin juga
pernah dulu aku benci kerjaya ini
aku benci ibuku kerana memaksaku
aku benci abang-abangku kerana mengiakan pilihan ibu
aku benci diriku kerana lidah kelu utk mengatakan TIDAK!!
aku sebolehnya mengelak dari bergelar seorang "GURU", "CIKGU", "TEACHER"

nasib ibuku memaksa aku
aku kini aku jatuh cinta
aku sanggup membakar diriku
demi mereka
demi anak-anak ku
demi saudaraku
demi negaraku

biar nanti aku tidak dihargai
aku tetap kekal berbakti
trima kasih mak, terima kasih ayah kerana memaksa ku
akanku curah sepenuh hatiku

No comments:

Post a Comment