Tuesday, August 31, 2010

adeh.malu!

disimpan mati kutu..diluah mati ayat...
tatau nk habaq kat sapa...
kena tulih kat mana2 la ni...


takpala yang penting
AKU MALU!!!
NAK SOROK MUKA DLM PARIT!!
=/

Saturday, August 28, 2010

Keluasan neraka...

salam sahabat2 yg membaca (jika ada)..
moga ramadhan anda tahun ini dipenuhi barakah..
kisah mengenai keluasan neraka ini aku amik kat facebook..bkn tamau shara kat facebook, terlalu ramai yg share kat facebook tapi belum tentu ada yang tergerak hatinya utk membuka dan baca...jadi baiklah di share kat sini, bilangan sedikit tapi tetap membaca..
aku amik kisah ni dr Muhammad Afzal...maaf ye bro, bkn nk plagiat, sekadar memuhasabah diri sendiri dan mengingatkan kepada yang lain...=)


Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!
Sahabat semua...bacalah....
Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..x smp 5 minit..pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....

Luasnya Neraka


Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w

"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya:

"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:

"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."

Jawabnya:

"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya:

"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya:

"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"

Tanya Rasulullah s.a.w.:

"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail:

"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:

"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya:

"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:

"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"

Jawabnya:

"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw :

'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw:

 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:

"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.
' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA Nabi Allah Yunus
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

Saturday, August 21, 2010

keberkatan.

discussion dengan azie dan dina betul-betul memberi kesan mendalam ke dlm hatiku...
ilmu...'ilm..knowledge
tiga bahasa membawa maksud yang sama...

berbicara tentang ilmu mmg byk
tapi bila berbicara tentang keberkatan ilmu, aku terkedu
aku terdiam dan terus berfikir
berkatkah ilmu ku selama ini

bila kita menuntut ilmu,
kita memerlukan guru
keberkatan guru juga menjamin keberkatan ilmu
tanpa keberkatan guru?
nauzubillah...sia-sia ilmu yg kita kejar itu...

byk cara keberkatan dr guru tak dpt diperoleh
slh satunya bila kita menipu dlm menuntut ilmu...
apa maksud menipu ni?
byk mksudnye...cuma yg aku dpt nukilkan
antara penipuan dlm menuntut ilmu ni adalah
bila guru memberi tugasan, kita tidak berbuat dengan jujur
sebaliknya kita meniru dr insan lain
samada insan itu sedar atau tidak....
atau dlm erti kata kita plagiarism...
termenung sebentar aku memikirkan itu

satu lagi cara utk kita tidak memperoleh keberkatan guru ialah dengan membuat guru kita marah atau rajuk hati
bagaimana?
senang je....ponteng je kelas tu
takpun buat kurang hajar...
teringat dina n azie quote dr kata-kata pn Rosilawati
"sanggup ye sesetengah student tak hadir ke kelas saya kerana menyiapkan assignment utk kelas lain, kelas saya tak pentingkah? atau sy yg tak penting?"

mnunjukkan yg pn Rosilawati telah berkecil hati...
jadi terus hilang keberkatan ilmu itu...
berbaloikah tunggang langgang buat assignment tapi last2 ilmu tu tak berkat?

"balasan dr Allah mungkin bukan serta merta...mungkin bila kita dh abeh blaja nnt"
itu kata-kata ustaz Anhar..ustaz yg paling aku hormat
kata nya lagi "mungkin balasan boleh dilihat semasa kita rasa susah sgt nk cari kerja, atau semasa kita menghadapi terlalu byk masalah semasa bekerja, atau hidup kita takkan aman sbb kita bekerja dan mendapat gaji berkat dr ilmu yg tidak mendapat keberkatan."

aku sedang berfikir dan akan terus berfikir...sejauh mana berkat ilmu aku ini?
takutnya rasa bila memikrkannya...

Thursday, August 19, 2010

marah.kesal.sedih.

hari ni hari kelapan Ramadhan...alhamdulillah....berjaya mengharungi bulan indah ni...
tapi ada sesuatu yg menggamit mata hamba...sesuatu yg membuatkan rasa sedih dan marah dlm hati kecilku ini...
tatkala sedang asyik dan masyuk mncari makanan di bazaar seksyen 17 yg tak bape nk indah ni
aku secara tak sengaja ternmpak seorang pegawai MBSA sdg menghalau pengemis yg mengemis...
itu tidak mengapalah
mmg tugas beliau.aku tidaklah marah dan kesal dengan tindakan beliau kerana itu amanah yg beliau harus jalankan
aku pun melihatla pengemis itu mengemas "port" dia
tatkala itu aku terpandang dia mendukung seorang kanak-kanak dlm lingkungan setahun umurnya
muka budk itu bingung, penuh tanda tanya...
lantas terdetik rasa sedih dan sayu melihat kanak-kanak itu
selepasitu aku melihat pula pada wanita pengemis itu, terus rasa marah dan kesal muncul dlm hatiku
nyaris aku mengalirkan air mata...mujur dpt ditahan dan mujur juga Dina ada disitu...

hatiku berkata
"akak kalu nk mengemispun jgnla gunakan budak. jangan aniaya budak. tak takut balasan Allah?"
ign saja aku mengambil kanak-kanak itu dan menghantarnya ke rumah kebajikan masyarakat dan menghantar wanita itu ke balai. tapi apakan daya, aku tidak berkenderaan, kudratku pula hny la sedikit...
aku hny mampu berdoa agar Allah lindungi kanak-kanak itu.

kenapakah manusia sanggup menganiaya semata-mata utk mendapat kan harta dunia???

Wednesday, August 18, 2010

a test or a bless?

huh...tajuk je gempak dlm English, tapi hakikatnya nk tulis dlm bahasa Melayu kita.

malam Ramadhan ke 7 thun ni, aku masuk tidur seperti biasa pd pkul 1 pagi. itu mmg waktu normal utk aku tido. tapi tanpa aku ketahui rupa-rupanya tido ku yg biasanya normal bertukar kpd abnormal malam itu. sampai ke hari ni aku masih tertanya-tanya. benarkah atau hny mimpi?
jika mimpi kenapa sebegitu 'real'? jika mimpi kenapa bila aku tersedar bdn ku terasa sakit benar?

apa yang berlaku sebenarnya?
ok, ini yang berlaku sebenarnya. aku sedang tidur dengan nyenyak sbb esk nya aku kna bgn awl. sedang aku tidur dgn nyenyak tu, terasa ada sesuatu memegang ubun-ubunku dan mngusap kepala ku dgn lembut. aku igt kan dina (housemate) yg kejut sruh bgn sahur sbb ms tu pun aku igt dh pukul 4.30 pagi. tapi bila aku mahu membuka mata, mataku seperti di gam. bila mahu buka mulut utk berkata-kata aku rasa seperti mulutku dikunci. nak angkat tgn terasa terlalu berat. aku rasa terlalu lemah. dlm hati aku menegur "dina, kalu betul kamu, janganla main-main camni" seolah-olah "seseorang" yang memegang ku itu dpt membaca isi hatiku, trus dia menghembuskan angin ke telingaku.

hatiku sudah mula berdebar-debar. takut sgt rasanya. adakah aku ditindih. tapi ini RAMADHAN. mana ade syaitan. hanya jin dan malaikat shj yag ade. aku terus-terusan bertny pd diri, siapakah ni? seusai dia mengusap kepalaku, dia memegang kepalaku dan lengan kiri ku (masa tu aku mengiring ke kanan). terus terasa lenguh dan terasa berat sungguh lengan kurusku itu. aku cuba sedaya ku utk mengangkat tgnku dan memegang nya. tapi terlalu berat. masa tu hatiku dengan laju menyebut "SUBHANALLAH". tak lekang perkataan itu dr hatiku. yela, nak buka mulut, mulut dh dikunci.

Dan sekai lagi, seolah-olah dia berjaya membaca isi hatiku, dia terus menerus menghembuskan angin. aku cuba shabisnya utk menenangkan diri. walaupun masih berdebar, aku cuba utk mendengar apa yg igin diperkatakan oleh hembusan itu. kata org jika ditindih biasanya "benda" tu akan ckp sesuatu... semasa aku meneliti hembusan itu, aku terdengarla jga apa yg dikatakannya... macam yg aku beritahu, seolah-olah dia dpt membaca isi hatiku, dia juga mengucapkan SUBHANALLAH. tapi bunyinya sgt sayup seperti bunyi yg dibawa angin. aku cuba menoleh utk melihat, tapi tidak berjaya. genggaman nya di lenganku semakin erat dan aku dpt rasakan panas tgnnya dia lengan dan ubun-ubunku... hembusan di telinga semakin panas dan laju. berulang-ulang dia mengucapkan SUBHANALLAH... aku cuba menggerakkan lagi tgn kiriku itu..akhirnya berjaya juga..aku cuba menyentuh kepalanya, tapi aku hny berjaya menyentuh rambut nya..sgt lebut dan dia bermabut kerinting, tidak terlalu panjang rambutnya itu...setelah aku berjaya memegang sedikit, dia melarikan kepalanya supaya tidak disentuh lagi.... setelah itu, aku cuba pula sehabis tenaga utk membuka mulutku....akhirnya aku mendapat kekuatan utk membuka mulut ku dengan bersusah payah... setelah membuka terus aku ucapkan SUBHANALLAH sekuat hati. serentak dgn itu, bdnku terasa ringan dan genggaman dan hembusan itu hilang. tapi badanku masih terasa lenguh-lenguh dan kebas. aku lihat jam, pukul 1.39 pagi. maknanya aku baru saja melelapkan mata utk 39 minit. tapi aku terasa lama saja berada dlm tidurku. MashaAllah...

aku cuba mencari siapakah yg berbisik dan memegang ku itu. tapi yg ada dibilik hanya aku seorang. terus aku mencari housemate ku kerana aku diselubungi rasa takut. tatkala bertanya mereka, jawapan mereka sama. biarlah aku shj yg tahu apa yg dikatakan mereka...

Subhanallah, MashaAllah....semua ini dugaanMu atau syafaatMu..? adakah ini petunjuk dariMU?
mujur itu bukan tindih tapi hny sentuhan... sentuhan sebegitu ringan dan lembut pun berjaya membuat bdnku terasa lemah seluruhnya... hny Kau yg Maha Mengetahui Ya Allah..

Tuesday, August 10, 2010

jalan keluar?

alhamdulillah
ramadhan tiba juga
setahun menunggu
rindu terasa dihati
kehadiranmu Ramadhan al mubarak 
menenangkan hati ku yg gundah


tapi tatkala aku gembira menantikan ramadhan
ada sesuatu menimpa
bukan apa-apa sangat
hanya perasaan terkilan dek sikap seseorang 
yang padaku respon beliau telah membuat aku berkecil hati
seolah-olah jika perkara yang buruk itu berlaku beliau hanya mahu mencuci tangan dan lari


sungguh
aku terkilan
aku sedih
aku malu juga
dan aku sedang menidakkan apa yang aku rasa

mataku terbuka luas hari ini
atas kenyataan yang terlalu pahit untuk ditelan
mengapa perlu begitu responmu
kamu senantiasa menggembirakanku
tapi hari ini kamu telah menikam hatiku 
pedih sangat rasa
tak tertanggung rasanya

aku hanya mampu mengalirkan air mata
nasib baik, kehadiran ramadhan menceriakanku kembali
terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan bulan mulia ini...

Thursday, August 5, 2010

lantak...

kdg-kdg rase mcm nk mrh,
kdg-kdg rase nk biarkan aje
tapi mmg rase nk luah..

aku tensi betul bila buat kerja group ade sleeping partner
tak kisahla group besar ke kecik ke
bila ade je sleeping partner ni..rase nk hentak-hentak je kepala mereka kat dinding smpai hancur
dh hancur tu nk gam balik pastu hentak lg biar hancur lg...

kalu mereka kata mereka ada life
abes kami2 yg buat keje ni tade life?
kalu mereka kata byk kerja
abes kami2 yang buat keje ni tak byk kerja la?

kalu dh malas tu mmg malasla..
tanak buat kerja ckp tanak buat kerja
jgn bagi alasan yg terlalu bodoh utk diterima
suma tu hny ALASAN
bgla alasan ape pun
boleh disangkal
melainkan perkara tu mmg terbukti benar

haish~~
setau aku, bila org dh bagi kerja,
itu amanah
dlm Islam bile kita diberi amanah jgn sesekali menyeleweng
bagi mereka yg diberi amanah ni, pastu tak jlnkan tanggungjawab dan amanah ni..
boleh dikategorikan sbg pecah amanah
nauzubillah....hny Allah saja yg layak menghukum mereka-mereka ini...

Minta dijauhkan aku dan orang-orang yg aku sayang dari tergolog dlm golongan yg pecah amanah ni..
Amin~