Wednesday, March 16, 2011

kawan? (part 2)

siapa kawan?
ada banyak jenis kawan...tetapi bagi aku, ada dua jenis kawan yang paling significant dlm dunia ni..
pertama, kawan semasa senang dan susah. kedua, kawan semasa senang sahaja..
klise...aku tahu...memang klise..tapi tu la hakikatnya...

aku berbicara dengan lelaki tu, yang membicarakan tentang masalah peribadinya...
biasalah, masalah keluarga, masalah kerja, masalah cinta....(klise juga)
tiba-tiba lelaki itu berkata, "nak cerita masalah pada kawan2? nak pulak diorang dengar..."
dalam kepala otak aku, kawan jenis apa yang ko ada?takkan sorang pun takleh menjadi tempat ko berkongsi masalah?
jadi, kesimpulan yang aku buat, kawan-kawan yang dia ada hanyalah kawan yang ketika dia senang, gembira, ada disitu untuk bergelak ketawa bersama, tetapi bila dia sedih, tension, ada masalah, telinga mereka seperti diselubungi vakum yang menyebabkan mereka tak boleh nk dengar apa yang kwn aku ni cerita...
kawan yang mcm ni, elok dibuat kawan untuk sekadar isi masa terluang sahaja....(pendek kata, mereka ni bukan kawan, tapi hobi)

kawan sejati bagi aku adalah kawan yang ketika susah, senang, gembira, sedih atau marah, mereka sentiasa berdiri sebelah kita
sentiasa meminjamkan bahu untuk kita bersandar
yang ketawa apabila kita ketawa, dan menangis apabila kita menangis...
yang tidak berkira dengan kita...dan bknnya kerana masalah kecil, habis diungkit kisah silam, nk putus sahabat smpai tujuh keturunan...tak ke bodoh namanya tu....

kenapa? aku selalu bertanya kenapa...
kenapa ramai manusia sekarang lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti...?
aku sangat bersyukur..walaupun aku masih muda...Allah telah kurniakan aku beberapa orang sahabat yang aku rasa sangat berkualiti...yang sangat memahami, sangat menyayangi aku sebagaimana aku menyayangi mereka...
walaupun aku terlalu banyak kekurangan...tetapi mereka menerima aku seadanya dan aku menerima mereka seadanya....
for my friends out there...u know who you are...I love u very much..moga persahabatan ni kekal hingga ke syurga...

Tuesday, March 15, 2011

kawan?

facebook....hurm...satu laman sosial yang famous...
seperti twitter juga...
ada sesetengah pengguna facebook berbangga mereka ada banyak kawan (friends) dekat facebook..
persoalannya..penting sangat kah berapa ramai kawan yang kita ada dalam facebook?
kenapa sekarang orang lebih mementingkan kuantiti dari kualiti?

mungkin ada yang kata "oh, aku kawan dengan semua orang. aku tak memilih kawan"
pasti ke?
cuba selami dalam-dalam...betul ke kita tak memilih bila berkawan?
cuba tanya diri kita, "nak ke aku kawan ngan penagih dadah?" atau "nak ke aku berkawan dengan penjenayah?"
(niat aku disini bukan nak merendah-rendahkan sesiapa..ingatan:manusia boleh berubah jika Allah mahukan mereka berubah)
siapa yang jawab ya, well mungkin korang memang terlalu sukakan cabaran dalam kehidupan...
jadi, sebenarnya, semua orang memilih dengan siapa kita berkawan...

dan sebenarnya,
dengan siapa kita berkawan sedikit sebanyak mempengaruhi cara orang melihat kita.
kalau tak, takkan la ade perumpamaan "jika kita berkawan dengan dengan orang yang menjual minyak wangi, kita pun akan terpalit bau wanginya juga"
dan begitu juga sebaliknya....
jadi...penting untuk kita memilih dengan siapa kita berkawan
supaya nanti kita tak terjerat atau terpengaruh dengan "personaliti" kawan kita....

pendek kata, carilah kawan yang boleh menjaga dan membimbing kita ke jalan yang benar...
bukan yang hny akan menarik kita untuk sama-sama ke lembah yang gelap lagi dalam yang hny membinasakan kita...

*aku terfikirkan soal persahabatan apabila berbicara (SMS) dengan seseorang lewat malam semalam*