Tuesday, March 15, 2011

kawan?

facebook....hurm...satu laman sosial yang famous...
seperti twitter juga...
ada sesetengah pengguna facebook berbangga mereka ada banyak kawan (friends) dekat facebook..
persoalannya..penting sangat kah berapa ramai kawan yang kita ada dalam facebook?
kenapa sekarang orang lebih mementingkan kuantiti dari kualiti?

mungkin ada yang kata "oh, aku kawan dengan semua orang. aku tak memilih kawan"
pasti ke?
cuba selami dalam-dalam...betul ke kita tak memilih bila berkawan?
cuba tanya diri kita, "nak ke aku kawan ngan penagih dadah?" atau "nak ke aku berkawan dengan penjenayah?"
(niat aku disini bukan nak merendah-rendahkan sesiapa..ingatan:manusia boleh berubah jika Allah mahukan mereka berubah)
siapa yang jawab ya, well mungkin korang memang terlalu sukakan cabaran dalam kehidupan...
jadi, sebenarnya, semua orang memilih dengan siapa kita berkawan...

dan sebenarnya,
dengan siapa kita berkawan sedikit sebanyak mempengaruhi cara orang melihat kita.
kalau tak, takkan la ade perumpamaan "jika kita berkawan dengan dengan orang yang menjual minyak wangi, kita pun akan terpalit bau wanginya juga"
dan begitu juga sebaliknya....
jadi...penting untuk kita memilih dengan siapa kita berkawan
supaya nanti kita tak terjerat atau terpengaruh dengan "personaliti" kawan kita....

pendek kata, carilah kawan yang boleh menjaga dan membimbing kita ke jalan yang benar...
bukan yang hny akan menarik kita untuk sama-sama ke lembah yang gelap lagi dalam yang hny membinasakan kita...

*aku terfikirkan soal persahabatan apabila berbicara (SMS) dengan seseorang lewat malam semalam*

No comments:

Post a Comment