Wednesday, August 18, 2010

a test or a bless?

huh...tajuk je gempak dlm English, tapi hakikatnya nk tulis dlm bahasa Melayu kita.

malam Ramadhan ke 7 thun ni, aku masuk tidur seperti biasa pd pkul 1 pagi. itu mmg waktu normal utk aku tido. tapi tanpa aku ketahui rupa-rupanya tido ku yg biasanya normal bertukar kpd abnormal malam itu. sampai ke hari ni aku masih tertanya-tanya. benarkah atau hny mimpi?
jika mimpi kenapa sebegitu 'real'? jika mimpi kenapa bila aku tersedar bdn ku terasa sakit benar?

apa yang berlaku sebenarnya?
ok, ini yang berlaku sebenarnya. aku sedang tidur dengan nyenyak sbb esk nya aku kna bgn awl. sedang aku tidur dgn nyenyak tu, terasa ada sesuatu memegang ubun-ubunku dan mngusap kepala ku dgn lembut. aku igt kan dina (housemate) yg kejut sruh bgn sahur sbb ms tu pun aku igt dh pukul 4.30 pagi. tapi bila aku mahu membuka mata, mataku seperti di gam. bila mahu buka mulut utk berkata-kata aku rasa seperti mulutku dikunci. nak angkat tgn terasa terlalu berat. aku rasa terlalu lemah. dlm hati aku menegur "dina, kalu betul kamu, janganla main-main camni" seolah-olah "seseorang" yang memegang ku itu dpt membaca isi hatiku, trus dia menghembuskan angin ke telingaku.

hatiku sudah mula berdebar-debar. takut sgt rasanya. adakah aku ditindih. tapi ini RAMADHAN. mana ade syaitan. hanya jin dan malaikat shj yag ade. aku terus-terusan bertny pd diri, siapakah ni? seusai dia mengusap kepalaku, dia memegang kepalaku dan lengan kiri ku (masa tu aku mengiring ke kanan). terus terasa lenguh dan terasa berat sungguh lengan kurusku itu. aku cuba sedaya ku utk mengangkat tgnku dan memegang nya. tapi terlalu berat. masa tu hatiku dengan laju menyebut "SUBHANALLAH". tak lekang perkataan itu dr hatiku. yela, nak buka mulut, mulut dh dikunci.

Dan sekai lagi, seolah-olah dia berjaya membaca isi hatiku, dia terus menerus menghembuskan angin. aku cuba shabisnya utk menenangkan diri. walaupun masih berdebar, aku cuba utk mendengar apa yg igin diperkatakan oleh hembusan itu. kata org jika ditindih biasanya "benda" tu akan ckp sesuatu... semasa aku meneliti hembusan itu, aku terdengarla jga apa yg dikatakannya... macam yg aku beritahu, seolah-olah dia dpt membaca isi hatiku, dia juga mengucapkan SUBHANALLAH. tapi bunyinya sgt sayup seperti bunyi yg dibawa angin. aku cuba menoleh utk melihat, tapi tidak berjaya. genggaman nya di lenganku semakin erat dan aku dpt rasakan panas tgnnya dia lengan dan ubun-ubunku... hembusan di telinga semakin panas dan laju. berulang-ulang dia mengucapkan SUBHANALLAH... aku cuba menggerakkan lagi tgn kiriku itu..akhirnya berjaya juga..aku cuba menyentuh kepalanya, tapi aku hny berjaya menyentuh rambut nya..sgt lebut dan dia bermabut kerinting, tidak terlalu panjang rambutnya itu...setelah aku berjaya memegang sedikit, dia melarikan kepalanya supaya tidak disentuh lagi.... setelah itu, aku cuba pula sehabis tenaga utk membuka mulutku....akhirnya aku mendapat kekuatan utk membuka mulut ku dengan bersusah payah... setelah membuka terus aku ucapkan SUBHANALLAH sekuat hati. serentak dgn itu, bdnku terasa ringan dan genggaman dan hembusan itu hilang. tapi badanku masih terasa lenguh-lenguh dan kebas. aku lihat jam, pukul 1.39 pagi. maknanya aku baru saja melelapkan mata utk 39 minit. tapi aku terasa lama saja berada dlm tidurku. MashaAllah...

aku cuba mencari siapakah yg berbisik dan memegang ku itu. tapi yg ada dibilik hanya aku seorang. terus aku mencari housemate ku kerana aku diselubungi rasa takut. tatkala bertanya mereka, jawapan mereka sama. biarlah aku shj yg tahu apa yg dikatakan mereka...

Subhanallah, MashaAllah....semua ini dugaanMu atau syafaatMu..? adakah ini petunjuk dariMU?
mujur itu bukan tindih tapi hny sentuhan... sentuhan sebegitu ringan dan lembut pun berjaya membuat bdnku terasa lemah seluruhnya... hny Kau yg Maha Mengetahui Ya Allah..

2 comments:

  1. ila its that true?baca pon da rase meremang

    ReplyDelete
  2. yup..it's true...
    last2..tido kat ruang tamu ngan kwn aku...
    kwn aku ckp mngkin jin tgh lalu..bukan syaitan sbb syaitan kena belenggu bln pose ni...

    ReplyDelete