Sunday, June 27, 2010

si kambing hitam

kambing itu masih mencari-cari
apa yang kamu cari wahai si kambing?
kau mencari cinta, kasih sayang
kepercayaan dan perhatian
apa pula yang kau dapat wahai si kambing?
hanya palitan hitam
cermin kehinaan
cermin kebencian
kau dipulaukan oleh yang kausayangi
hanya kerana kau tidak seindah mereka


kepercayaan yang kau pinta
kehinaan yang kau dapat
keyakinan yang kau butuh
kebencian yang kau terima
tiada cinta tiada kasih

redhalah wahai si kambing hitam
kau dan aku sama
dibuang, dibenci, dihina
kerana tiada nilai dimata sesiapa

jika ingin ajal mu ditamatkan wahai si kambing
pelawalah aku bersama
kerana aku sehina mu jua
tak layak hidup di dunia

No comments:

Post a Comment