Wednesday, July 21, 2010

Turning Point?

aku sungguh kerdil..
terlalu kerdil diriku rasakan
mereka jauh berbeza dariku
ilmu mereka, agama mereka
terasa diriku jahil

aku tersasar jauh
aku mahu cari jln pulang
tapi sudikah pemilikku menunjukkan aku jln pulang?

aku malu
hatiku bingit
kerana mahukan aku berubah
tapi mampukah aku menghadapi segala godaan?
Tuhan
bantu aku
aku meminta pertolongan Mu
aku sungguh mahu berubah

aku tak mahu lagi terpalit dgn kekotoran
aku tak mahu lg diselubungi kegelapan
ku mahu berubah
sungguh
aku tak tipu

tapi aku takut
adakah keinginanku hny hangat2 tahi ayam?
minta dijauhkan
hatiku mesti tetap
mesti kuat
tapi aku lemah...bagaimanakah?
Tuhan,
berilah pertolongan Mu pd si hina ini...
aku merayu.

No comments:

Post a Comment