Monday, August 15, 2011

aku jatuh cinta...

jangan menilai dulu...
ramai yg menilai cinta ini pada kekasih
tapi tak ramai yg melihat definisi cinta yang lebih luas...
cinta pada agama, cinta pada negara, cinta pada ibu bapa, cinta pada sahabat...
bukankah cinta juga

ya
aku jatuh cinta
bukan pada manusia
tetapi kepada karya manusia

aku menggodak laman sesawang
terjumpa satu blog ini
ya,
dia lelaki
bukan seperti lelaki-lelaki lain
pemikirannya sangat kritis
sangat kreatif
sangan puitis...

aku jatuh cinta dengan setiap baris ayat dalam entry nya
walaupun berselirat
dan terkandung ayat klasik yang agak sukar untuk aku fahami
tapi maksud yg tersimpan
sangat tajam, telus dan jujur

terus sahaja aku jatuh cinta
bukan pada empunya diri
tetapi pada tulisannya
dan karyanya....

=)

Sunday, August 14, 2011

ramadhan ni aku hebat!!!

tajuk takleh blah.....padahal tade pape yg hebat pung!!
mak, ayah n beloved shista dh berangkat pulang jam 11.30 pg tadi....
mcm sedeyla plak kna tggl sorg2...dua ari berbuka meriah, tup2 kena tinggal smula..
haish...kena kawen cepat nih....(mode:gatal terlebey)

lusa interview ngan SPP....cuak sial...tatau nk study ape..abes suma aku kokak....
NKRA alhamdulillah berjaya baca n pahami..
MBMMBI pun takat ni okayla...
sjarah pendidikan malaysia pun abes aku bantai baca...
sat g ingat nk smbung dgn learning theories...
byk sudah lupe ooo..
yang aku msh ingat n suka adalah pavlov's classical conditioning, bf skinner's punye reinforcement tu....then maslow's hierarchy of needs..yg laen suma aku dh lupe...yg aku tau aku mmg apply theories dlm pengajaranku tapi tak igt nama...
ade gak nnt tak psl2 aku bg theory kaunseling...yg tu mmg aku hengat la...
subjek feberet aku tuh....

tengah dok kokak mane yg ptut utk interview, tibe2 aku terpandang status anak aku kat Bersih dulu...dia duk sebok cari lagu raya..aku bgla suggestion mane yg ptt...
bila dh bg suggestion phm2la..mstila diri sndri pun mau dgr...
bukakla si utube nih..dgrla lagu2 raya..walaupun lagu2 raya tu menggembirakan aku tetap rasa syahdu....

teringat ramadhan kat shah alam...rumah terbuka yaya, rumah terbuka mak ngah longkang (sgt tak snonoh bdk2 ni bg nama kat mak ngah yg telah berjasa menyumbat mknan dgn harga murah utk bdk2 uitm)....teringat terawih kat shah alam..teringat peristiwa terkunci kat luar lepas terawih sbb suma ngah mamai smpai lupa bwk kunci rumah....
teringat raya keempat my family n I pegi bergumbira mandi air terjun cemerong...teringat muka happy tok yang bila rumah dia penuh ngan anak cucu...teringat sesi makan buah rambai smpai perut kembung...
aduih...betapa aku telah menjejakkan kaki ke alam dewasa yang penuh dgn tanggungjawab dan komitmen...
ikutkan hati mau saja aku putar masa ke zaman yang paling manis di UiTM...zaman remaja yang indah...bebanan assignment yg menggunung tak sehebat bebanan kerja....tekanan menyipakan assignments n project skang ni menjadi kenangan terindah aku.....keseronokan membuat assignments smpai tido sejam dua saja buat aku rindu zaman belajar....

ramadhan ini aku hebat...
sbb berjaya mengharunginya seorang diri di rumah...
tanpa kehadiran shabat karib ku utk berbuka bersama....
rindu kehadiran mereka....
benarla usia dan pengalaman mematangkan....
ramadhan ini bukti kematangan aku untuk menerima tanggungjwab dan komitmen..
dan bukti aku sudah boleh berdiri di atas kakiku sendiri.... =)

Thursday, August 11, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Terlalu lama

lama betul rasanye tak update blog ni...
kesian oneofthehive...terbiar tanpa sebarang khabar berita dr tuannya..
bukan sibuk, tapi kemalasan...
dan juga ketandusan idea...
tatkala serumah dgn azie n dina, byk juga isu-isu serius yg dibincangkan...
tapi sekarang, aku duduk sorang..
nk bercakap pun hny dengan dinding, tingkap....membosankan

oh, aku sangat rindukan housemates ku n kak din tersayang dan juga adikku yg merangkap teman rapatku; atirah matyasin...
ada mereka, lidah ku lincah bergerak, bibir ku lebar dengan senyuman...
oh....sangat rindu
azie sedang berbahagia dgn suami tercinta (masih terkejut azie yg kawen dulu)
dina, bahagia menguruskan bdk2 yg slalu kena histeria dekat SMS Kubang Pasu, kak din tercinta bahagia dengan tugas nya di kolej komuniti.....aku disini, di kulai johor, kesunyian..
mencari sahabat seperti mereka bertiga mmg ssh....
tatkala bersenda tawa, bersengal-sengalan, bangkit isu serius yg boleh kami bincangkan utk mematangkan lagi  jiwa dan hati kami....

oh, Allah...makbulkanlah doaku..bantulah aku...
semoga di penghujung 2011 ni, aku akan dapat pergi ke kedah untuk bertemu kak din n dina...
dan dapat melangkah ke Bandar Utama untuk bertemu Azie n bekas anak-anak di 4 Bersih yg aku rindukan slalu....amin...

dina, azie, pengasas pernim, kak din, me


Friday, April 8, 2011

Gambaran Hari Kiamat


Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
sumber: Amar Sufi

Wednesday, March 16, 2011

kawan? (part 2)

siapa kawan?
ada banyak jenis kawan...tetapi bagi aku, ada dua jenis kawan yang paling significant dlm dunia ni..
pertama, kawan semasa senang dan susah. kedua, kawan semasa senang sahaja..
klise...aku tahu...memang klise..tapi tu la hakikatnya...

aku berbicara dengan lelaki tu, yang membicarakan tentang masalah peribadinya...
biasalah, masalah keluarga, masalah kerja, masalah cinta....(klise juga)
tiba-tiba lelaki itu berkata, "nak cerita masalah pada kawan2? nak pulak diorang dengar..."
dalam kepala otak aku, kawan jenis apa yang ko ada?takkan sorang pun takleh menjadi tempat ko berkongsi masalah?
jadi, kesimpulan yang aku buat, kawan-kawan yang dia ada hanyalah kawan yang ketika dia senang, gembira, ada disitu untuk bergelak ketawa bersama, tetapi bila dia sedih, tension, ada masalah, telinga mereka seperti diselubungi vakum yang menyebabkan mereka tak boleh nk dengar apa yang kwn aku ni cerita...
kawan yang mcm ni, elok dibuat kawan untuk sekadar isi masa terluang sahaja....(pendek kata, mereka ni bukan kawan, tapi hobi)

kawan sejati bagi aku adalah kawan yang ketika susah, senang, gembira, sedih atau marah, mereka sentiasa berdiri sebelah kita
sentiasa meminjamkan bahu untuk kita bersandar
yang ketawa apabila kita ketawa, dan menangis apabila kita menangis...
yang tidak berkira dengan kita...dan bknnya kerana masalah kecil, habis diungkit kisah silam, nk putus sahabat smpai tujuh keturunan...tak ke bodoh namanya tu....

kenapa? aku selalu bertanya kenapa...
kenapa ramai manusia sekarang lebih mementingkan kuantiti daripada kualiti...?
aku sangat bersyukur..walaupun aku masih muda...Allah telah kurniakan aku beberapa orang sahabat yang aku rasa sangat berkualiti...yang sangat memahami, sangat menyayangi aku sebagaimana aku menyayangi mereka...
walaupun aku terlalu banyak kekurangan...tetapi mereka menerima aku seadanya dan aku menerima mereka seadanya....
for my friends out there...u know who you are...I love u very much..moga persahabatan ni kekal hingga ke syurga...

Tuesday, March 15, 2011

kawan?

facebook....hurm...satu laman sosial yang famous...
seperti twitter juga...
ada sesetengah pengguna facebook berbangga mereka ada banyak kawan (friends) dekat facebook..
persoalannya..penting sangat kah berapa ramai kawan yang kita ada dalam facebook?
kenapa sekarang orang lebih mementingkan kuantiti dari kualiti?

mungkin ada yang kata "oh, aku kawan dengan semua orang. aku tak memilih kawan"
pasti ke?
cuba selami dalam-dalam...betul ke kita tak memilih bila berkawan?
cuba tanya diri kita, "nak ke aku kawan ngan penagih dadah?" atau "nak ke aku berkawan dengan penjenayah?"
(niat aku disini bukan nak merendah-rendahkan sesiapa..ingatan:manusia boleh berubah jika Allah mahukan mereka berubah)
siapa yang jawab ya, well mungkin korang memang terlalu sukakan cabaran dalam kehidupan...
jadi, sebenarnya, semua orang memilih dengan siapa kita berkawan...

dan sebenarnya,
dengan siapa kita berkawan sedikit sebanyak mempengaruhi cara orang melihat kita.
kalau tak, takkan la ade perumpamaan "jika kita berkawan dengan dengan orang yang menjual minyak wangi, kita pun akan terpalit bau wanginya juga"
dan begitu juga sebaliknya....
jadi...penting untuk kita memilih dengan siapa kita berkawan
supaya nanti kita tak terjerat atau terpengaruh dengan "personaliti" kawan kita....

pendek kata, carilah kawan yang boleh menjaga dan membimbing kita ke jalan yang benar...
bukan yang hny akan menarik kita untuk sama-sama ke lembah yang gelap lagi dalam yang hny membinasakan kita...

*aku terfikirkan soal persahabatan apabila berbicara (SMS) dengan seseorang lewat malam semalam*